Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

29 Oktober 2009

KEWIBAWAAN GURU KANAN PSGFM-KL: CIKGU HALIM BIN HAMIT

Cikgu Halim bin Hamit, Guru Kanan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (PSGFM-KL) telah dilahirkan di Melaka Bandar Bersejarah pada tanggal 30 Julai 1970. Telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.


Cikgu Halim bin Hamit bersama isteri tercinta...

(Kak Ita yang sentiasa memberi sokongan padu pada perjuangan silat Cikgu Halim...Kak Ita semasa menyertai perbarisan sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)


Pada tahun 1987 ketika berusia 17 tahun, beliau mula mempelajari Seni Silat daripada Cikgu Yazid bin Ariffin (bekerja di DBKL dan masih aktif dalam kejurulatihan Silat Olahraga). Cikgu Yazid bukan sahaja mengajar beliau Seni Gayung Fatani, malah Cikgu Yazid adalah orang yang bertanggungjawab mengenengahkan beliau ke arena Silat Olahraga.


anak Cikgu Halim, emai turut mengikuti jejak langkah ayahnya dalam dunia persilatan

(emai semasa Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan 2009)


Penampilan sulong Cikgu Halim bin Hamit ke arena ialah pada tahun 1987 (17 tahun) iaitu mewakili Kontigen Kuala Lumpur ke Pertandingan Silat Kebangsaan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Negeri Sembilan dalam Kategori D Putera. Berikutan persembahan beliau yang memberangsangkan dalam Pertandingan Silat Kebangsaan yang lalu, pada tahun 1988 (18 tahun) sekali lagi beliau telah terpilih mewakili Kontigen Kuala Lumpur dalam acara Silat Olahraga ke Sukan Malaysia (SUKMA ke 2) yang juga diadakan di Kuala Lumpur. Berdasarkan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan, Cikgu Halim bin Hamit telah dipilih mewakili Kuala Lumpur ke SUKMA dalam acara Silat Olahraga pada tahun 1990 (Sarawak) dan 1992 (Johor).


Selain penglibatan dalam SUKMA, beliau juga telah mewakili Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ke Pertandingan Silat Kebangsaan sebanyak lima kali pada tahun 1987 (Negeri Sembilan), 1990 (Selangor), 1992 (Melaka), 1994 (Kedah) dan 1996 (Pulau Pinang).


Setelah menyedari seseorang pesilat tidak boleh terus kekal hanya dengan bermain silat olahraga, pada tahun 1994 (24 tahun) Cikgu Halim bin Hamit mula mengambil inisiatif mendalami ilmu Seni Gayung Fatani dengan Guru Utama sendiri Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab (1945-2009) sehinggalah hembusan nafas terakhirnya pada tahun 2009.


Dalam bidang kejurulatihan pula, Cikgu Halim bin Hamit bermula sebagai Pembantu Jurulatih kepada Cikgu Yazid sejak tahun 1989 di Sekolah Menengah Padang Tembak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1992 (22 tahun), beliau telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Cikgu Yazid untuk membuka gelanggang sendiri dan gelanggang pertama beliau adalah Sekolah Rendah Jalan Peel, Kuala Lumpur. Pada tahun 1996 (26 tahun), beliau telah membuka lebih banyak gelanggang seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, SMK Pandan Indah, SMK Taman Seraya dan Kompleks Sukan Kampung Pandan.


Dari tahun 1992 hingga 2003, Cikgu Halim bin Hamit cuma mengajar silat secara sambilan sahaja. Atas minatnya yang mendalam pada kejurulatihan Seni Silat, pada tahun 2003, beliau bertekad untuk menjadi seorang jurulatih silat sepenuh masa. Hasrat beliau ini telah mendapat sokongan padu dari Allahyarham Guru Utama sendiri sehingga beliau telah diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Guru Kanan bagi PSGFM cawangan Kuala Lumpur. Beliau masih bertahan malah semakin berkembang maju sehingga sekarang. Sehingga ke hari ini, beliau telah berjaya menubuhkan sebuah kelab yang dikenali sebagai Kelab Cikgu Halim (K.C.H.) dan melahirkan 10 orang jurulatih yang sangat berwibawa bagi membantu beliau dalam pengurusan gelanggang-gelanggang silat.


Senarai Jurulatih di bawah Kelab Cikgu Halim:


1) Cikgu Emy Fadly (Guru Muda / 5 Dan)

2) Cikgu Nazim (Guru Muda / 5 Dan)

3) Cikgu Abd Halim Abdullah (Ketua Jurulatih / 4 Dan)

4) Cikgu Hasri (Jurulatih / 2 Dan)

5) Cikgu Mazura (Jurulatih / 2 Dan)

6) Cikgu Nizam (Jurulatih / 2 Dan)

7) Cikgu Nazriq (Jurulatih / 2 Dan)

8) Cikgu Nor Hamizah (Jurulatih / 2 Dan)

9) Cikgu Noor Syazreen (Jurulatih / 2 Dan)

10) Cikgu Norazwa (Jurulatih / 2 Dan)


Berikut pula adalah senarai gelanggang di bawah kelolaan Kelab Cikgu Halim (K.C.H) dan jurulatih yang bertanggungjawab:


Sekolah-sekolah:


1) Sek Men Teknik Kajang (Cikgu Halim Hamit)

2) Sek Men Keb Pandan Mewah (Cikgu Halim Hamit)

3) Sek Men Keb Pandan Indah (Cikgu Halim Hamit)

4) Sek Men Keb Pandan Jaya (Cikgu Halim Hamit)

5) Sek Men Keb Cheras (Cikgu Halim Hamit)

6) Sek Men Keb Sri Tasek (Cikgu Halim Hamit)

7) Sek Men Keb Taman Maluri (Cikgu Halim Hamit)

8) Sek Men Keb Taman Seraya (Cikgu Asri / Cikgu Nasriq)

9) Sek Men Keb Bandar Baru Ampang (Cikgu Emy Fadly)

10) Sek Men Keb Aminuddin Baki (Cikgu Syazreen)

11) Sek Men Keb Puteri Ampang (Cikgu Hamizah)

12) Sek Men Keb Cocharane Perkasa (Cikgu Nizam)

13) Sek Men Keb Cocharane (Cikgu Hamizah / Cikgu Norazwa)

14) Sek Men Keb Saujana (Cikgu Nazim)

15) Sek Men Keb Seri Bintang Utara (Cikgu Nazim)

16) Sek Men Keb Seri Bintang Selatan (Cikgu Nazim)


Gelanggang Dewasa:


1) Kondominium Mentari (Cikgu Abd Halim)

2) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Cikgu Halim Hamit, Cikgu Hamizah, Cikgu Syazreen dan Cikgu Norazwa)

3) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (Cikgu Halim Hamit, Cikgu Hamizah, Cikgu Syazreen dan Cikgu Norazwa)

4) Kampung Cheras Baru (Cikgu Halim Hamit)

5) Kompleks Muhibah Ampang Jaya (Cikgu Halim Hamit)

6) Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur


BIODATA RINGKAS CIKGU HALIM BIN HAMIT


NAMA

- Halim bin Hamit


NO. K/P

- 700730-04-5209


ALAMAT

- Lot 120, Lorong 45B, Bukit D, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur


TEL(B)

- 012-2743984


EMEL

- halimhamit@yahoo.com


BLOG

- psgfmkl.blogspot.com


PEKERJAAN

- Jurulatih Silat sepenuh masa


PERTUBUHAN

- Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM)


PERSIJILAN/PENGIKTIRAFAN

(1) Sijil Tauliah Jurulatih Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM)

(2) Sijil Silat Malaysia

(3) Permit Mengajar di Sekolah-sekolah Malaysia


TARIKH MULA BERSILAT

- Tahun 1987 (22 tahun)


PENGALAMAN MENGAJAR

- Mula mengajar di sekolah-sekolah pada tahun 1990 (19 tahun pengalaman mengajar)


STATUS DALAM PERTUBUHAN

- Guru Kanan PSGFM cawangan Kuala Lumpur


TALIPINGGANG DALAM PERTUBUHAN

- Bengkung Hitam 7 Dan


PENCAPAIAN DALAM NEGARA

(1) Jurulatih Silat Olahraga Kebangsaan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM)

(2) Jurulatih SUKMA bagi Kontigen Silat Olahraga Kuala Lumpur

(3) Jurulatih Silat Seni dan Silat Melayu Kontigen Kuala Lumpur

(4) Mengajar 16 buah sekolah dan 6 gelanggang dewasa sekitar Kuala Lumpur sera Selangor

(5) Telah melahirkan beberapa Juara Kebangsaan dan telah mewakili Kontigen Silat Olahraga Malaysia


PENCAPAIAN LUAR NEGARA

(1) Jurulatih Silat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Cawangan Perancis

(2) Jurulatih Silat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Cawangan Austria

(3) Juara Demonstrasi Seni Beladiri Antarabangsa di Perugia, Itali

(4) Memperkenalkan silat di bandar-bandar seluruh Jerman selama sebulan



27 Oktober 2009

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 2009 (KEDAH)

Pada 25-28 Jun 09 yang lalu, Kelab Cikgu Halim telah menyertai Seni Mempertahankan Diri 09 di bawah disiplin Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia bertempat di Alor Setar, Kedah. Kelab Cikgu Halim yang mewakili negeri Pahang telah memenangi 7 pingat emas. video di bawah adalah antara kategori yang menyumbangkan pingat emas.


Cikgu Emy Fadly dan Cikgu Nazim dalam kategori tempur seni



Cikgu Zam dalam kategori solo putera


Cikgu Nazim dalam satu perlawanan silat melayu melawan wakil PSGFM-Sabah

26 Oktober 2009

DEMO MAJLIS PERKAHWINAN TAMAN MUDA (25/10/09)

bergambar sebelum persembahan silat


team demo Kelab Cikgu Halim


bergambar bersama Cikgu Halim Hamit


memulakan persembahan dengan bunga silat


cikgu miza dan cikgu syazreen menunjukkan kemahiran dalam tempur tangan kosong dan berkeris

cikgu zua, cikgu miza dan cikgu syazreen mempamirkan tempur parang 3 penjuru


cikgu zua, cikgu miza dan cikgu syazreen mempamirkan tempur parang 3 penjuru


kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dan inginkan perkhidmatan persembahan silat bolehlah menghubungi Cikgu Halim bin Hamit di talian 012-2743984. harga bagi persembahan yang diadakan adalah tertakluk kepada lokasi dan boleh dirunding. kami juga menerima sebarang jemputan persembahan bagi majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan, swasta, syarikat-syarikat dan orang perseorangan.

UJIAN PENILAIAN SILAT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Majlis : Ujian Penilaian Silat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Tempat : Dewan Pendekar, UPNM
Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang

Penguji : Cikgu Emy Fadly (PSGFM KL), Cikgu Ejat (PSGFM Selangor) dan Cikgu Tina (PSGFM Selangor)

Keputusan :
1) Bengkung Hijau - 12 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Merah)
2) Bengkung Kuning - 8 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Hijau)
3) Bengkung Putih - 24 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Kuning)

Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat UPNM kerana lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Silat yang telah diadakan. Semoga kejayaan ini menjadikan anda semua lebih gigih dalam meneruskan latihan dan lebih bersemangat lagi dalam persilatan.

Ucapan terima kasih kepada Guru Kanan PSGFM KL Cikgu Halim bin Hamit yang tidak jemu-jemu mengajar dan melatih kami dalam Seni Gayung Fatani, penguji-penguji yang tekun dan dedikasi dalam menjalankan tugas bagi memastikan kualiti setiap pesilat sentiasa berada di tahap yang telah ditetapkan oleh pertubuhan, pesilat-pesilat lain yang turut hadir bagi memeriahkan majlis (PSGFM KL-Cikgu Zua, Cikgu Syazreen, Cikgu Miza,Alang , Wafi, Rizki, Izhar, Lutfi dan Kapt Lotfi (ex PSGFM UPNM).


Pesilat Bengkung Hijau mendengar taklimat Cikgu Ejat sebelum ujian dijalankan.


Cikgu Tina juga memberi taklimat kepada pesilat bengkung kuning sebelum ujian dilakukan


Tak sabar nak amek ujian ni...taklimat tak abes lagi dah bangun dah semua orang


Pesilat Bengkung Putih sedang diuji Bunga Silat


Cikgu Emy khusyuk memerhati pesilat semasa ujian sedang berjalan


pesilat PSGFM KL yang turut hadir bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi majlis


muka-muka tak dapat amek ujian...esok dah kene masuk hutan pegi perang...


Pesilat melakukan ulangkaji saat akhir semasa menunggu giliran diuji...takut lupe hehe

20 Oktober 2009

KENANGAN...(gambar lama)

Orang kuat - Cikgu Halim bersama Cikgu Basiron dan Tuan Raban


kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi - emai (anak cikgu halim) semasa kecil...
(same je ngan skrg ni..emai xbesar2 pon..suare je besar hehe)


Cikgu Abd Halim dan murid-murid...(rasenya ade yg dah pkai bengkung merah dah)


Cikgu Zam dan murid-murid...(ni pon dah ramai yang dah pkai bengkung merah)


Cikgu Zam berlatih bersama pesilat Perancis
(zam...ko ingat tak gambar ni hehe...)