Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

25 Ogos 2012

Lepas seminggu raya sakan......

Dah Seminggu kita beraya.....next week kita kembali kepada tugas hakiki...yang belajar tue nk pikir exam...yang nak ambik SPM thn nie....dah nk trialkan...jawab elok-elok dik....walaupun trial nie masa depan kamu tau....ingat kita nie menghampiri zaman negara maju...anda semua adalah pelapis negara....yang bekerja tue mula la nk mengadap fail-fail yang bertimbun-timbum hasil seminggu berhari raya....x pe kita wat relek jer tau....sambil wat keje kita bley makan kuih raya...hihihi.... jangan nk stress sgtttt..... lepas sebulan kita berehat panjang. so, bermula la tugas kita untuk turun ke gelanggang semula....wah ketupat lemang rendang sume dah masuk perut pastu nk kena turun training semula (mau ada yang muntah nnt)....kita training slow2... latihan kita yang pertama bermula isnin nie ( 27 ogos 2012) iaitu raptai sempena hari merdeka....tak sabar2 menanti hari bersejarah nie kan...makna tak ne=yer kita salah seorg peserta yang terlibat dalam acara tersebut (masuk tv lagi tue)... ingat lagi tak apa yang kita training pada bulan puasa hari tue....jangan semua step kita lupa sudah....masak nnt kna marah....maklum lah lama sangat cuti tue....raya sakan katakan....,