Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

15 Februari 2010

GAMBAR SEPANJANG KEJUARAAN PENCAK SILAT JEMPUTAN KEBANGSAAN DAN ASEAN DI UPSI


mengenang nasib...


lagi gambar mengenang nasib


zam yg xabes2 posing


mesej apa tu kak eta???


Sebelum giliran midi di pertandingan kategori tunggal putra


wafi turut memberi sokongan walaupun bermain untuk pasukan SUKMA selangor


midi yang gelabah nak begambar sebelum pertandingan


teka ni kaki sape???


ya...nilah tuan kaki di atas...


ni bukan peserta indonesia ek..team indonesia xjoin game ni


bermanja-manja...


mengenang nasib dan kerja-kerja sekolah yang belum siap lagi hehe


sesi mari bercerita bersama cikgu halim


ni je lah hiburan yang ade di bilik penginapan...borak2 sampai ngantuk


dah xde tempat nak amek gambar dah...kat parking pon bleh ke...


amir dengan semangat berkobar-kobar untuk tumbuk org...semangatnya itu dipersetujui oleh abg nazim...


kak long yg xabes2 makan...patut la g***k hehehe


sesi duduk2 tunggu turn nak timbang berat


abang2 hansem dari kelab cikgu halim

PERTANDINGAN PENCAK SILAT JEMPUTAN KEBANGSAAN & ASEAN

Tarikh : 10 - 14 Feb 2010
Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim
Anjuran : UPSI dengan kerjasama PESAKA

Ahli Kelab Cikgu Halim yang mengambil bahagian:

Pasukan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC):

1) Mohd Fadly - (A Putra)
2) Mohd Rafizi - (B Putra)
3) Mohd Rizki - (C Putra)
4) Cikgu Mohd Nazim - (D Putra)
5) Amir - (F Putra)
6) Izhar - (G Putra)
7) Cikkgu Nizam - (H Putra)
8) Afiqah - (A Putri)
9) Cikgu Norazwa - (C Putri)
10) Hamidi - (Kategori Tunggal Putra)

Pasukan SUKMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

1) Cikgu Norhamizah - (Putri A)
2) Kak Pah - (Putri B)
3) Cikgu Syazreen - (Putri C)

Pasukan SUKMA Selangor:

1) Wafi - (Putra D)

Pasukan Politeknik Shah Alam:

1) Ghadafi - (Putra D)

Kejuaraan ini telah disertai oleh 9 pasukan SUKMA negeri, 1 SMD ATM, 28 IPTA/IPTS dan 1 pasukan dari Singapura. Jumlah penyertaan keseluruhan adalah 37 penyertaan dengan 48 pasukan yang bertanding.

Kelab Cikgu Halim mengucapkan tahniah kepada semua pesilat yang menyertai pertandingan ini walaupun telah pulang tanpa sebarang pingat (kecuali Cikgu Miza - Gangsa) kerana telah berlawan dengan bersungguh-sungguh disamping berkorban masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya.

Terima kasih juga kepada jurulatih pasukan Cikgu Halim bin Hamit yang bersusah payah demi semua pesilat di sepanjang kejuaraan. Juga kepada individu-individu yang lain yang banyak membantu sepanjang kejuaraan seperti Kak Eta (isteri Cikgu Halim), Emai (Anak Cikgu Halim), Kak Long, Lofti, Kak Zura dan suami.

"FATANI NUSA BAKTI"

Pasukan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sebelum sesi timbang berat

Semasa sesi timbang berat..Kemenangan awal sebab semua in







Bila semua dah in semua pegi makan sbb xde timbang ulang...






Meneruskan latihan sebab xsempat nak blatih huhu



Memanaskan badan bersama-sama sebelum pertandingan dengan menjemurkan diri di padang


Tunjuk ajar seorang senior kepada adik-adik yang lain.


Cikgu Halim yang sentiasa ceria di sepanjang kejuaraan