Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

03 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Cikgu Halim Di Studio Silat Yang Baru Dibina

Assalamualaikum...Selamat Pagi...Salam 1 Malaysia...Salam Perpaduan...Salam Ukhwah and Good Morning....

semoga kalian semua ceria di pagi jumaat yang indah ini yek....sebelum nk siap2 p solat jumaat nie...admin nk crita skit la perkembangan semasa aktivi kelab kita ini....puasa..puasa jugak aktiviti tetap dijalankan seperti biasa....admin nk habak kat hangpa sume nie...(amboi utara mari plak) satu majlis berbuka puasa akan di adakan seperti berikut :-

Hari & Masa : Sabtu @ 6.00 petang (elok sampai awal bley sediakan apa yg ptt)
Tempat         : Studio Silat Kelab Cikgu Halim (klu korg sume nk tau tempat tue la senoir2 korg timbal ilmu mula2 skali.....time tue abs kaki melecet...huhu...kenangan2......
Bayaran       : RM 10.00 seorang......Sila telefon cikgu utk membuat pengesahan kehadiran...yela cikgu nak bajet la brapa orang nk mai...kang dtg 1000 org x nyer teruk.....

Admin pun bukan la senior sgt...ada la 14 tahun dh bersama kelab cikgu halim nie...hehehehe....admin harap yg senior2 tue dpt la turun meraikan majlis nie....yg junior plak di alu-alukan kehadiran anda bg merapatkan ukhwah sesama kita...kt kn 1 kelab...

nie sj kot info setakat nie....nnt ada apa2 lg admin cter kat korg sume tau......Salam Ramadhan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan