Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

25 Ogos 2010

UJIAN PENILAIAN SILAT KELAB CIKGU HALIM TAHUN 2010

Ujian Penilaian Silat Kelab Cikgu Halim tahun 2010
Tarikh: 18 Ogos 2010
Tempat: Kompleks Muhibah Taman Nirwana

Ujian Penilaian Silat KCH bagi tahun 2010 telah diadakan pada 18 Ogos 2010. Seramai 250 orang pesilat telah menghadirkan diri untuk diuji oleh para jurulatih tentang kefahaman di peringkat masing-masing.

Berikut adalah keputusan Ujian Penilaian Silat:

1) Bengkung Hitam (Jalur 2 Putih) - 3 orang.
2) Bengkung Hitam (Jalur 1 Putih) - 5 orang.
3) Bengkung Merah (Jalur 3) - 5 orang.
4) Bengkung Merah (Jalur 2) - 4 orang.
5) Bengkung Merah (Jalur 1) - 30 orang.
6) Bengkung Merah - 32 orang.
7) Bengkung Hijau - 6 orang.
8) Bengkung Kuning - 72 orang.
9) Bengkung Coklat - 42 orang.
10) Bengkung Biru - 53 orang.

Ucapan terima kasih kepada 17 orang jurulatih yang hadir sebagai penilai dan pemerhati, kepada para ibu bapa yang memberi sokongan padu dan galakkan kepada pesilat-pesilat untuk terus maju di dalam bidang persilatan.

Ucapan tahniah kepada para pesilat yang berjaya dalam siri Ujian Penilaian Silat bagi tahun 2010. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada anda semua untuk terus bersilat dan menjadi pejuang budaya bangsa ini.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan