Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

10 Mei 2010

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2010


PENGUMUMAN:

Kepada 100 orang Pesilat yang telah memberikan nama untuk ke Putrajaya sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010 pada 15 Mei 2010, anda dikehendaki berkumpul di Kompleks Muhibah pada jam 1.45 petang berpakaian seluar silat, t-shirt silat bewarna hitam dan berkasut sukan. Bawa sekali baju silat, kain samping dan tengkolok untuk dipakai semasa demonstrasi silat.

sebarang pertanyaan, sila telefon Cikgu Halim. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan