HANYA HASRAT
Allahyarham Tn. Hj. Anuar Abd Wahab A.M.N
13 Apr 06
Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih,
Hendak memberi tidak berupaya,
Kerana terlalu miskin, lalu ke air tiada berbekas,
Ku ambil air yang lima,
Ku isikan dalam raga, melimpah ke seluruh alam,
Tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang,
Lenyap dalam wujudmu dengan kunci dua kalimah.
Adat dagang kembali ke negeri,
Adat gayung bersambut, adat kata bersahut,
Jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
DariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali,
Atas syariat Rasulallah
Insyaallah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan