Koleksi gambar sepanjang demo sempena hari belia di tesco ampang...tarikh dah lupa plak bila hehe...
Kata-kata Aluan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.
Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.
Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...
Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.
Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.
Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...
Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur
31 Ogos 2012
ETIKA BERPAKAIAN DALAM SILAT
| Cikgu Halim berpakaian lengkap tradisi Gayung Fatani...berkain batik dan bertanjak belah mumbang |
PENDAHULUAN
Sejak sekolah rendah lagi kita telah dipupuk berbangga dengan pakaian
Melayu yang lebih dikenali sebagai Baju Kebangsaan yang terdiri daripada
songkok, baju Melayu, seluar, samping dan kasut kaki di mana ianya
diwajibkan pakai setiap hari Jumaat. Lebih meriah lagi apabila
menjelang hari raya apabila kesemua orang lelaki Melayu bergaya dengan
pakaian Baju Melayu yang bermacam warna, gaya dan fesyen. Namun, adakah
Baju Melayu yang kita pakai itu lengkap dan sempurna? Terus terangnya,
kedapatan sesetengah fesyen Baju Melayu yang ada sekarang sangat
menjelekkan mata. Kelihatan lebih kepada seorang pemalas yang kononnya
dia sangat begaya dan up to date.
ETIKA BERPAKAIAN
Jadi, apakah kaitannya pakaian dan silat? Sejak dahulu lagi, baju
Melayu yang lengkap menjadi pakaian para pahlawan dan pendekar. Apakah
baju Melayu yang lengkap itu? Terdapat talibun (puisi lama terdiri
daripada 4, 16, 20 baris dan bersajak diakhirnya) yang menggariskan
tatacara pemakaian baju Melayu lengkap seperti berikut:
Yang disebut pakaian lengkap
Pertama memakai destar
Kedua bercekak musang
Ketiga berkain samping
Keempat berseluar labuh
Kelima berkeris
Keenam berselempang
Ketujuh bengkung berpending
Kedelapan berkasut kaki
Kesembilan berkambil sirih
Kesepuluh bergelang berdokoh
Kesebelas bercincin
Kedua belas bersapu tangan
Talibun di atas menggambarkan etika berpakaian yang lengkap bagi lelaki
Melayu pada zaman tradisi. Keris menunjukkan betapa pentingnya ilmu
beladiri (silat) kerana keris bukan sekadar lambang tetapi digunakan
sebagai senjata apabila perlu. Jadi, baju Melayu adalah pakaian yang
sesuai untuk bersilat malah baju Melayu tidak lengkap jika tidak
berkeris atau senjata. Ia umpama persediaan yang tidak lengkap. Namun
pemakaian adalah berbeza mengikut tempat yang dituju tetapi keris tetap
dibawa. Sebagai contoh, jika hendak ke masjid, bengkung berpending,
gelang, cincin dan sapu tangan tidak perlu dipakai malah keris dipakai
secara tersembunyi.
Kalau berbaju Teluk Belanga
Kain diikat dagang luar
Kepala berkopiah sahaja
Kain labuh samping ke keting
Kaki seluar bayang-bayangan
Keris di pinggang tidak nampak
Itu pakaian ke masjid
Atau bertandang ke sanak saudara
Jika ke majlis rasmi pula, etika bepakaian juga turut berbeza.
Kalau memakai Cekak Musang
Kain diikat dagang dalam
Kain labuh di bawah lutut
Pinggang memakai bengkung lebar
Keris terpampang sebelah kiri
Kepala memakai destar
Seluar labuh sampai keting
Itu pakaian raja-raja
Atau datuk atau panglima
Atau orang patut-patut
Atau orang berbangsa
Yang duduk di helat jamu
Atau majlis di ramai besar
Kedudukan keris pula menggambarkan status sosial pemakaianya.
Kalau memakai keris
Keris tersisip sebelah kiri
Keris beradat berlembaga
Kalau memakai keris terlentang
Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok bertendang
Bagai dubalang masuk gelanggang
Elok dipakai dalam hutan
Atau belayar tengah lautan
Untuk menjaga-jaga diri.
Kalau keris sampir terlangkup
Keris tidak mencari lawan
Dipakai dalam jamuan
Yang dipakai pergi bertandang.
Keris yang dipakai bukanlah simbol semata-mata. Cara pemakaian keris
menggambarkan maksud pemakainya. Keris yang terlangkup menunjukkan
pemakaiannya tidak berniat jahat atau sebagainya kerana posisi keris
yang tidak bersedia untuk digunakan atau suasana yang tidak
mencurigakan. Tetapi keris diterlentangkan dikatakan mencari lawan
kerana posisi keris yang mudah dipegang dan dihunus untuk menikam.
KESIMPULAN
Berdasarkan kedangkalan ilmu penulis, apabila seseorang memakai keris,
semestinya dia perlu memiliki ilmu berkeris atau dengan kata lain dia
perlulah seorang yang pandai silat. Jika tidak senjata makan tuan.
Setiap pakaian yang dipakai ada tujuan yang tertentu. Sebagai contoh,
bengkung lebar yang dipakai sepanjang 7 lilit bertujuan untuk
mengelakkan diri dari ditikam dan ayat-ayat yang ditulis pada bengkung
dijadikan azimat. Pending selain menguatkan ikatan bengkung, ia juga
boleh digunakan sebagai senjata. Labuhan kaki di paras keting dan
pemakaian samping hanya di paras lutut adalah bertujuan memudahkan
gerakan apabila berlawan. Boleh dikatakan, orang Melayu boleh
‘berkata-kata’ melalui apa yang dipakai.
RUJUKAN
Abd Rahman Ismail, 2003. Seni Silat Melayu Sejarah Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KERATAN AKHBAR - GAYUNG FATANI PAMER KUASA, HARIAN METRO 30 SEPTEMBER 2011
KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN KALI KE 16 2012
Berikut adalah antara aksi yang dirakam sepanjang
kejuaraan...alhamdulillah, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia bejaya
membawa pulang 2 Emas, 2 Perak dan 5 Gangsa...secara keseluruhannya,
tahun ini dianggap sebagai tahun kebangkitan Gayung fatani di persada
silat tanah air...
Sekitar Perhimpunan 1000 Pendekar dan Majlis Perasmian Pembukaan
Kejuaraan Silat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia
Team Gayung Fatani
penerima-penerima pingat bersama pengurus pasukan dan para jurulatih
juara di atas podium
Sri Kandi Gayung Fatani
sila lihat apa yg ditulis pada banner tersebut...berani mati ok...
Bersama kumpulan gendang silat yang memeriahkan pertandingan
![]() |
| Kak Eta (isteri Cikgu Halim) turut memberi sokongan sepanjang pertandingan |
![]() |
| wajah serius Cikgu Halim semasa menjadi pelepas |
Langgan:
Catatan (Atom)





