Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

13 November 2009

SILAT OLAHRAGA


video
silat olahraga - cikgu debob melawan cikgu nazim dalam satu perlawanan persahabatan antara kelab cikgu halim dengan DBKL

08 November 2009

PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PSGFM KL 2009 EDISI KE 5

Tarikh : 7 dan 8 November 2009
Tempat : Kompleks Muhibah Ampang Jaya, Taman Nirwana
Anjuran : Kelab Cikgu Halim

antara sekolah/gelanggang yang menyertai pertandingan ini:
a) SMK Taman Seraya
b) SMK Pandan Mewah
c) SMK Bandar Baru Ampang
d) SMK Pandan Indah
e) SMK Pandan Jaya
f) SMK Taman Maluri
g) SMK Sri Bintang Utara
h) SMK Sri Bintang Selatan
i) SMK Cheras
j) SMK Sri Saujana
k) SMK Sri Ampang
l) SMK Cocharane Perkasa
m) SMK Perempuan Jalan Ampang
n) SMK (P) Putri Ampang
o) Gelanggang Kompleks Muhibah
p) Gelanggang Kondominium Mentari

Keputusan Pertandingan :

1. Kategori Putra :

a) A Putra
Juara 1 : Saiful Adli (SMK Pandan Jaya)
Juara 2 : Zaifarie (SMK Pandan Jaya)
Juara 3 : Syazwan (SMK Pandan Jaya) dan Khairul (SMK Pandan Jaya)

b) B Putra
Juara 1 : Ikmal (SMK Taman Seraya)
Juara 2 : Fahmi (SMK Sri Saujana)
Juara 3 : Talif (SMK Cocharane Perkasa) dan Ashique (SMK Cocharane Perkasa)

c) C Putra
Juara 1 : Shamin (SMK Pandan Indah)
Juara 2 : Mirul (SMK Cheras)
Juara 3 : Shafiq (SMK Cocharane Perkasa) dan Nasrul (Gelanggang Kondominium Mentari)

d) D Putra
Juara 1 : Zuzandi (SMK (Kompleks Muhibah)
Juara 2 : Asyiq (SMK Pandan Jaya)
Juara 3 : Shafiq (SMK Cocharane Perkasa) dan Anuar (SMK Cheras)

e) E Putra
Juara 1 : Hafiz Nordin (SMK Pandan Jaya)
Juara 2 : Azim (SMK Taman Maluri)
Juara 3 : Minang (SMK Pandan Indah) dan Agus (SMK Cheras)

f) F Putra
Juara 1 : Amirul (SMK Pandan Jaya)
Juara 2 : Fazrin (SMK Sri Bintang Utara)
Juara 3 : Amar (SMK Cocharane Perkasa) dan Shafie (SMK Sri Bintang Selatan)

g) G Putra
Juara 1 : Afiq (SMK Cheras)
Juara 2 : Haliq (SMK Pandan Mewah)
Juara 3 : Ahmad Alif (SMK Pandan Indah) dan Ilham (SMK Cocharane Perkasa)

h) H Putra
Juara 1 : Jambul (SMK Taman Maluri)
Juara 2 : Irfan (SMK Taman Maluri)
Juara 3 : Azlan (SMK Taman Maluri) dan Fazlee (SMK Sri Bintang Utara)

i) I Putra
Juara 1 : Farid (SMK Pandan Indah)
Juara 2 : Shah (SMK Taman Seraya)
Juara 3 : Hanafi (SMK Sri Bintang Utara) dan Ezzuel (SMK Cocharane Perkasa)

j) J Putra
Juara 1 : Izuddin (SMK Pandan Indah)
Juara 2 : Ariff (SMK Pandan Jaya)
Juara 3 : Riduan (SMK Sri Saujana) dan Muhazir (SMK Cocharane Perkasa)

2. Kategori Putri :

a) A Putri
Juara 1 : Fiqah (SMK Perempuan Jalan Ampang)
Juara 2 : Aisyah (SMK Pandan Jaya)
Juara 3 : Aina (SMK Cheras) dan Aishah (SMK Cocharane Perkasa)

b) B Putri
Juara 1 : Malinda (SMK Pandan Jaya)
Juara 2 : Fatimah (SMK Taman Maluri)
Juara 3 : Atul (SMK Pandan Indah) dan Mariam (SMK Bandar Baru Ampang)

c) C Putri
Juara 1 : Muharramah (SMK Sri Saujana)
Juara 2 : Dian (SMK Cocharane Perkasa)
Juara 3 : Mizza (Kompleks Muhibah) dan Koko (SMK (P) Putri Ampang)

d) D Putra
Juara 1 : Sharifah (SMK Taman Maluri)
Juara 2 : Su (Kompleks Muhibah)
Juara 3 : Suhada (Kompleks Muhibah) dan Eka (Kompleks Muhibah)

3. Pesilat Terbaik Putra : Ikmal (SMK Taman Seraya)
4. Pesilat Terbaik Putri : Malinda (SMK Pandan Jaya)

5. Juara Keseluruhan :
a) Tempat Pertama : SMK Pandan Jaya (4 emas, 4 perak, 0 gangsa)
b) Tempat Kedua : SMK Pandan Indah (3 emas, 0 perak, 3 gangsa)
c) Tempat Ketiga : SMK Taman Maluri (2 emas, 2 perak, 1 gangsa)

Ucapan terima kasih kepada para dermawan yang memberi sumbangan dan tajaan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau peralatan, para penganjur yang bertungkus lumus memastikan kejayaan pertandingan dari peringkat perancangan sehingga akhir, guru-guru PSGFM yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar, barisan wasit juri, ahli jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pertandingan Silat Olahraga Remaja PSGFM KL edisi ke 5 ini merupakan penganjuran pertandingan oleh Kelab Cikgu Halim yang paling berjaya setakat ini. Diharap pertandingan seperti ini dapat diadakan pada tahun-tahun yang mendatang dalam mencungkil bakat-bakat baru bagi Kelab Cikgu Halim.

05 November 2009

UJIAN PENILAIAN SILAT - MAKTAB PERGURUAN TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR

Majlis : Ujian Penilaian Silat Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
Tempat : Dewan Besar Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam-11.00 malam

Penguji : Cikgu Emy Fadly (PSGFM KL)

Keputusan :
1) Bengkung Putih - 10 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Kuning)

Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat maktab perguruan kerana lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Silat yang telah diadakan. Semoga kejayaan ini menjadikan anda semua lebih gigih dalam meneruskan latihan dan lebih bersemangat lagi dalam persilatan.

penerangan oleh penguji sebelum ujian dijalankan


pesilat sedang mempamerkan buah silat untuk diuji


bersedia untuk diuji...pesilat wanita juga turut mengambil bahagian dalam ujian penilaian silat kali ini


gambar kenang-kenangan bersama Guru Kanan dan Guru Muda PSGFM-KL Cikgu Halim Hamit dan Cikgu Emy Fadly