Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

15 Mei 2010

DEMONSTRASI SILAT SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2010


Tarikh: 15 mei 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Dataran Putrajaya

Sempena sambutan Hari Belia Negara 2010, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diwakili oleh Kelab Cikgu Halim Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Kuala Lumpur (PSGFM KL) dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat demonstrasi silat di acara Perhimpunan Ahli Rakan Wajadiri.

Selain PSGFM, terdapat 17 pertubuhan beladiri yang lain seperti Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia, Taekwando, Aikido, Shintoryu, Kalari Payat dan Wushu. PSGFM mendapat undian persembahan ke 3 bersama Aikido dan Shintoryu.

Persembahan dimulai dengan Bunga Sembah, Jurus dan Buah Pukulan secara beramai-ramai. Kemudian diteruskan pula dengan Tempur Tangan Kosong oleh Emai dan Midi serta Tempur Tongkat oleh Afiq dan Acap. Persembahan mendapat tumpuan ramai apabila Cikgu Miza, Cikgu Syazreen dan Cikgu Zua mempamerkan kemahiran Tempur Parang 3 penjuru manakala Cikgu Emy dan Cikgu Nazim bertempur menggunakan sabit. Persembahan disudahi dengan Bunga Silat.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Halim yang bersusah-payah menguruskan semua keperluan pesilat dan semua jurulatih yang sama hadir membantu. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pesilat yang meluangkan masa bersama-sama membuat persembahan dan mememriahkan majlis.


Gelagat pesilat setiba di Putrajaya - semua tak sabar-sabar nak buat persembahan


Persiapan pesilat-pesilat sebelum persembahan - ada yg tak bawak baju silat la, kain la...lain kali jangan lupa...sapa yg dah pkai bengkung merah tu, cari2 la kain buat samping ngan tengkolok...


Posing sebelum persembahan....


kasih seorang guru...xbleh nengok anak murid xhensem...


Sentuhan akhir seorang guru sebelum anak murid memulakan persembahan...


video
Latihan akhir...




video

video



Selepas persembahan...persembahan yang mantap walaupun up jadi...Cikgu Halim kata dia berpuas hati dengan hasil yg telah ditunjukkan oleh para pesilat....


Penyeri-penyeri Kelab Cikgu Halim yang diketuai oleh Kak Eta (isteri Cikgu Halim)


bergambar bersama peminat...adik 3 org ni xperkenalkan diri pun..terus nak amek gambar je...


macam2 ragam...


disediakan oleh
izhar