Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

02 September 2012

KCH Juara


Korang kenal x bro kita kat atas tue....arrr tu la anak didik Cikgu Halim.....Cikgu Nazim gan Cikgu Emy....korang kena usaha lebih sikit nak jadi mcm nie....

Demo Cikgu Halim


Slalunya Cikgu Halim suruh korang wat demo kan.....korang x pernah tgk cikgu wat show kan.......ini arrrr semperna MerdekaRaya nie nk tunjuk kat korang semua special demo from cikgu halim and team Gayung Fatani..

Show nie bukan buat kat Malaysia Tau......Overseas mari......korang percaya x?ingat silat nie x boleh berjaya ker.....Cikgu Halim dah buktikan.......

Himpunan 55 Tahun Merdeka-Janji Ditepati-


baru2 nie ahli2 KCH ada terlibat dengan persembahan di Himpunan 55 Tahun Merdeka yang diadakan pertama kali di Stadium Nasional Bukit Jalil.....Lebih kurang 200 orang peserta yang terlibat dalam persembahan tersebut terdiri daripada pelajar2 sekolah dibawah naungan KCH.......

selain membuat persembahan silat kami juga terlibat dengan dikir 1 Malaysia....ehehehe...serba boleh la katakan..disini saya muatturunkan gambar sekitar Himpunan 55 Tahun Merdeka untuk tatapan korang...

korang juga boleh lah like pages rasmi kelab cikgu halim @ follow twitter kelab cikgu halim untuk mengikuti perkembangan aktiviti kelab dari masa ke semasa.........

Merdeka....Merdeka....Merdeka....

Posing sebelum membuat persembahan


peace!!!!Kamilah Generasi Y......

Goyang tak Goyang........

Mempersiapkan diri untuk persembahan.....

Raptai Wachaaaa..........

kalau Berani masuk lah........