Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

27 Oktober 2009

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 2009 (KEDAH)

Pada 25-28 Jun 09 yang lalu, Kelab Cikgu Halim telah menyertai Seni Mempertahankan Diri 09 di bawah disiplin Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia bertempat di Alor Setar, Kedah. Kelab Cikgu Halim yang mewakili negeri Pahang telah memenangi 7 pingat emas. video di bawah adalah antara kategori yang menyumbangkan pingat emas.


Cikgu Emy Fadly dan Cikgu Nazim dalam kategori tempur seni



Cikgu Zam dalam kategori solo putera


Cikgu Nazim dalam satu perlawanan silat melayu melawan wakil PSGFM-Sabah

26 Oktober 2009

DEMO MAJLIS PERKAHWINAN TAMAN MUDA (25/10/09)

bergambar sebelum persembahan silat


team demo Kelab Cikgu Halim


bergambar bersama Cikgu Halim Hamit


memulakan persembahan dengan bunga silat


cikgu miza dan cikgu syazreen menunjukkan kemahiran dalam tempur tangan kosong dan berkeris

cikgu zua, cikgu miza dan cikgu syazreen mempamirkan tempur parang 3 penjuru


cikgu zua, cikgu miza dan cikgu syazreen mempamirkan tempur parang 3 penjuru


kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dan inginkan perkhidmatan persembahan silat bolehlah menghubungi Cikgu Halim bin Hamit di talian 012-2743984. harga bagi persembahan yang diadakan adalah tertakluk kepada lokasi dan boleh dirunding. kami juga menerima sebarang jemputan persembahan bagi majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan, swasta, syarikat-syarikat dan orang perseorangan.

UJIAN PENILAIAN SILAT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Majlis : Ujian Penilaian Silat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Tempat : Dewan Pendekar, UPNM
Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang

Penguji : Cikgu Emy Fadly (PSGFM KL), Cikgu Ejat (PSGFM Selangor) dan Cikgu Tina (PSGFM Selangor)

Keputusan :
1) Bengkung Hijau - 12 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Merah)
2) Bengkung Kuning - 8 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Hijau)
3) Bengkung Putih - 24 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Kuning)

Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat UPNM kerana lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Silat yang telah diadakan. Semoga kejayaan ini menjadikan anda semua lebih gigih dalam meneruskan latihan dan lebih bersemangat lagi dalam persilatan.

Ucapan terima kasih kepada Guru Kanan PSGFM KL Cikgu Halim bin Hamit yang tidak jemu-jemu mengajar dan melatih kami dalam Seni Gayung Fatani, penguji-penguji yang tekun dan dedikasi dalam menjalankan tugas bagi memastikan kualiti setiap pesilat sentiasa berada di tahap yang telah ditetapkan oleh pertubuhan, pesilat-pesilat lain yang turut hadir bagi memeriahkan majlis (PSGFM KL-Cikgu Zua, Cikgu Syazreen, Cikgu Miza,Alang , Wafi, Rizki, Izhar, Lutfi dan Kapt Lotfi (ex PSGFM UPNM).


Pesilat Bengkung Hijau mendengar taklimat Cikgu Ejat sebelum ujian dijalankan.


Cikgu Tina juga memberi taklimat kepada pesilat bengkung kuning sebelum ujian dilakukan


Tak sabar nak amek ujian ni...taklimat tak abes lagi dah bangun dah semua orang


Pesilat Bengkung Putih sedang diuji Bunga Silat


Cikgu Emy khusyuk memerhati pesilat semasa ujian sedang berjalan


pesilat PSGFM KL yang turut hadir bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi majlis


muka-muka tak dapat amek ujian...esok dah kene masuk hutan pegi perang...


Pesilat melakukan ulangkaji saat akhir semasa menunggu giliran diuji...takut lupe hehe

20 Oktober 2009

KENANGAN...(gambar lama)

Orang kuat - Cikgu Halim bersama Cikgu Basiron dan Tuan Raban


kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi - emai (anak cikgu halim) semasa kecil...
(same je ngan skrg ni..emai xbesar2 pon..suare je besar hehe)


Cikgu Abd Halim dan murid-murid...(rasenya ade yg dah pkai bengkung merah dah)


Cikgu Zam dan murid-murid...(ni pon dah ramai yang dah pkai bengkung merah)


Cikgu Zam berlatih bersama pesilat Perancis
(zam...ko ingat tak gambar ni hehe...)

19 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2009

TARIKH : 18 OKTOBER 2009
TEMPAT : TAMAN TASIK PERMAISURI
PENGANJUR : YAYASAN JANTUNG MALAYSIA DAN NESTLE OMEGA PLUS

Sempena Hari Jantung Sedunia, pihak Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Nestle Omega Plus menganjurkan satu majlis sambutan di Taman Tasik Permaisuri. Majlis telah dirasmikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohammad. K.C.H telah dijemput untuk membuat persembahan silat bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Para Pendekar dari Kelab Cikgu Halim bergambar di belakang pentas selepas membuat persembahan


Bergambar kenang-kenangan bersama peserta Sambutan Hari Jantung Sedunia 2009