Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

26 Oktober 2009

UJIAN PENILAIAN SILAT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Majlis : Ujian Penilaian Silat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Tempat : Dewan Pendekar, UPNM
Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang

Penguji : Cikgu Emy Fadly (PSGFM KL), Cikgu Ejat (PSGFM Selangor) dan Cikgu Tina (PSGFM Selangor)

Keputusan :
1) Bengkung Hijau - 12 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Merah)
2) Bengkung Kuning - 8 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Hijau)
3) Bengkung Putih - 24 orang (semua lulus dan layak memakai Bengkung Kuning)

Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat UPNM kerana lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Silat yang telah diadakan. Semoga kejayaan ini menjadikan anda semua lebih gigih dalam meneruskan latihan dan lebih bersemangat lagi dalam persilatan.

Ucapan terima kasih kepada Guru Kanan PSGFM KL Cikgu Halim bin Hamit yang tidak jemu-jemu mengajar dan melatih kami dalam Seni Gayung Fatani, penguji-penguji yang tekun dan dedikasi dalam menjalankan tugas bagi memastikan kualiti setiap pesilat sentiasa berada di tahap yang telah ditetapkan oleh pertubuhan, pesilat-pesilat lain yang turut hadir bagi memeriahkan majlis (PSGFM KL-Cikgu Zua, Cikgu Syazreen, Cikgu Miza,Alang , Wafi, Rizki, Izhar, Lutfi dan Kapt Lotfi (ex PSGFM UPNM).


Pesilat Bengkung Hijau mendengar taklimat Cikgu Ejat sebelum ujian dijalankan.


Cikgu Tina juga memberi taklimat kepada pesilat bengkung kuning sebelum ujian dilakukan


Tak sabar nak amek ujian ni...taklimat tak abes lagi dah bangun dah semua orang


Pesilat Bengkung Putih sedang diuji Bunga Silat


Cikgu Emy khusyuk memerhati pesilat semasa ujian sedang berjalan


pesilat PSGFM KL yang turut hadir bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi majlis


muka-muka tak dapat amek ujian...esok dah kene masuk hutan pegi perang...


Pesilat melakukan ulangkaji saat akhir semasa menunggu giliran diuji...takut lupe hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan