Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

14 Oktober 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SILAT

KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN & PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP & ALUMNI) UNIVERSITI MALAYA RAKAN WAJADIRI IPT DAN JEMPUTAN (PENDEKAR SE'ABAD 5) 2009

  1. Anjuran : Pertubuhan Silat Seni Gayong Universiti Malaya.
  2. Tempat : Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaya.
  3. Tarikh : 9 - 13 Oktober 2009.
  4. Keputusan Pertandingan : 2 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa.
Kategori Silat Olahraga
  • Putera C (Wafit) - Gangsa
  • Puteri B (Cikgu Mieza) - Emas
  • Puteru C (Cikgu Syazreen) - Gangsa
  • Puteri D (Cikgu Zua) - Emas
Kategori Silat Seni
  • Regu Puteri (Cikgu Zua, Cikgu Mieza, Cikgu Syazreen) - Perak
Cikgu Mieza juga telah dinobatkan sebagai Pesilat Puteri Terbaik bagi kejohanan tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pesilat yang mengambil bahagian. Kepada yang berjaya jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan yang dikecapi, kepada yang kalah pula jangan berputus asa dan jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin kejayaan di masa akan datang.

Ucapan terima kasih kepada Cikgu Halim selaku jurulatih pasukan yang tidak jemu-jemu melatih kami sehingga memperoleh kejayaan.

Ucapan terima kasih juga kepada pesilat-pesilat lain yang telah hadir dalam memberi sokongan padu kepada mereka yang sedang berjuang (Cikgu Halim Abdullah, Cikgu Zura dan suami, Ustaz Rahim, Lotfi Postmen, Midi, Jef, Kak Ina, rakan-rakan seperjuangan dari UPNM dan lain-lain).

FATANI NUSA BAKTI

Laporan oleh: Izhar bin Mat Isa (Pengurus Pasukan)

Wajah-wajah pesilat Pasukan Kolej Teknologi YPC-iTWEB (kenapa pengurus xde dalam gambar ni???)


Dalam kebasahan..pesilat basah lencun di hari pendaftaran kerana terpaksa meredah hujan lebat (budak2 lelaki jelah sbb naik motor..huh)


Pasukan Regu Puteri KTYPC


Aktiviti meningkatkan moral 1 - main game kat Mid Valley sebelum mesyuarat pengurus



Aktiviti meningkatkan moral 2 - berjalan-jalan di Mid Valley


08 Oktober 2009

DEMO DI MAJLIS PERKAHWINAN HALIM & IJA DI TAIPING PERAK

Rombongan Pengantin Lelaki Semasa Majlis Akad Nikah


Sesi Bergambar Selepas Majilis Akan Nikah Berlangsung


Antara Ahli Silat Yang Membuat Persembahan Di Majlis Tersebut...


Jangan Cuba Meniru Aksi Ini.....


Pertempuran Antara Emai Dan Cikgu Zua Yang Menarik Perhatian Penonton Yang Menyaksikan


Pertempuran Pahlawan Negara Cikgu Nizam Dan Cikgu Nasriq Menggamitkan Suasana Majlis


Pertempuran Dua Serikandi Gayung Fatani Cikgu Miza Dan Cikgu Shazrin


Membuat Bunga Sembah Dihadapan Pengantin


Persandingan Halim Dan Ija Pada 26 September 2009 Di Taiping Perak

07 Oktober 2009

TAHAP PSGFM

Berikut adalah merupakan tahap dan peringkat sukatan pelajaran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Guru Utama (Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN) mengikut Kurikulum Silat PSGFM Piawai 2002:




Walau bagaimanapun, Cikgu Halim bin Hamit (Guru Kanan PSGFM KL) telah menambah 2 peringkat lagi bagi semua gelanggang di bawah kelolaan beliau iaitu Merah Calit 1 dan Merah Calit 2. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman para pesilat dalam sukatan pelajaran peringkat Enam (6) di samping menjadikan sistem pengajaran lebih bersistematik terutamanya bagi pesilat di sekolah menengah.

Peringkat Merah Calit 1 diberi kepada pesilat yang telah lulus ujian peringkat Enam bagi pelajaran Bunga Sembah, Belebat dan Buah Pukulan manakala Merah Calit 2 dipakai oleh meraka yang lulus ujian peringkat Enam bagi pelajaran Buah Pukulan, Tapak Empat, Tempur Seni, Tempur Beladiri dan Tempur Bertekung.

Namun begitu, bagi pesilat yang ingin menaiki ke peringkat Tujuh atau bengkung hitam, pesilat itu haruslah tanpa gagal menguasai kesemua pelajaran peringkat Enam (mengulang semula semua matapelajaran di peringkat Enam semasa Ujian Penilaian Silat).