Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

07 Oktober 2009

TAHAP PSGFM

Berikut adalah merupakan tahap dan peringkat sukatan pelajaran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Guru Utama (Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN) mengikut Kurikulum Silat PSGFM Piawai 2002:




Walau bagaimanapun, Cikgu Halim bin Hamit (Guru Kanan PSGFM KL) telah menambah 2 peringkat lagi bagi semua gelanggang di bawah kelolaan beliau iaitu Merah Calit 1 dan Merah Calit 2. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman para pesilat dalam sukatan pelajaran peringkat Enam (6) di samping menjadikan sistem pengajaran lebih bersistematik terutamanya bagi pesilat di sekolah menengah.

Peringkat Merah Calit 1 diberi kepada pesilat yang telah lulus ujian peringkat Enam bagi pelajaran Bunga Sembah, Belebat dan Buah Pukulan manakala Merah Calit 2 dipakai oleh meraka yang lulus ujian peringkat Enam bagi pelajaran Buah Pukulan, Tapak Empat, Tempur Seni, Tempur Beladiri dan Tempur Bertekung.

Namun begitu, bagi pesilat yang ingin menaiki ke peringkat Tujuh atau bengkung hitam, pesilat itu haruslah tanpa gagal menguasai kesemua pelajaran peringkat Enam (mengulang semula semua matapelajaran di peringkat Enam semasa Ujian Penilaian Silat).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan