Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

05 Mei 2009

Asal Usul


Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

Kurikulum Silat Gayung Fatani adalah berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu yang diasaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir. Kemudian kurikulum ini disusun oleh Tn. Haji Anuar Bin Abd Wahab.

Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu Silat Melayu kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa murid yang lain termasuk Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali.


Tuan Haji AnuarPak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini kepada Haji Imam Mansor Bin Ismail. Kemudian Haji Imam Mansur menurunkan ilmu kepada Pak Andak Embong kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab pada tahun 1965. Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab kemudiannya melengkapkan pelajaran silat dengan Tuan Haji Ramli Bin Abdul Rahman. Dan sekarang ini merupakan Pengasas dan Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan Haji Mat Isa(Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948. Diantara anak murid Haji Mat Isa ialah Mohamad bin Mahat(Pak Long Aji).Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali telah melahirkan Guru Tua Seni Gayung Fatani Perak iaitu Tuan Haji Imam Mansur Bin Ismail. Pak Andak embong, Guru Tua negeri Selangor telah melahirkan Tuan Haji Anuar Abd Wahab selaku Guru Utama dan Pengasas pertubuan ini.

Tuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Roslan Aziz(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa.

20 April 2009

Silat Seni Gayung Fatani

Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut.PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan dengan nam Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002. Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7 peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja, Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia) dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi Semenanjung. Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti, pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.