Halaman

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini terutamanya kepada Abd Halim dan Izhar.

Dengan adanya Blog K.C.H ini, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala pada bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Cikgu Halim bin Hamit
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Caw Kuala Lumpur

21 Ogos 2010

SMD 2010 - IPOH PERAK

Pertandingan: Seni Mempertahankan Diri 2010 - Disiplin Gayung Fatani
Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Tarikh: 22 - 25 Julai 2010
Tempat:Dewan Serbaguna Taman Meru, Perak


Seperti tahun lepas (2009), sekali lagi Kelab Cikgu Halim dijemput untuk mewakili negeri Pahang ke Pertandingan Seni Mempertahankan Diri 2010. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kategori Silat Melayu:
1. Kelas B Putera - Rafizi (Gangsa)
2. Kelas C Putera - Rizki (Emas)
3. Kelas D Putera - Cikgu Nazim (Perak)
4. Kelas E Putera - Cikgu Emy (Emas)
5. Kelas A Puteri - Eaka (Emas)
6. Kelas B Puteri - Cikgu Miza (Emas)7. Kelas C Puteri - Cikgu Syazreen (Emas)

Kategori Seni:
1. Tempur Putera - Cikgu Emy & Cikgu Nazim (Perak)
2. Tempur Puteri - Cikgu Miza & Cikgu Syazreen (Emas)
3. Solo Puteri - Nida (Gangsa)

Keputusan keseluruhan: Juara keseluruhan dengan 6 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa

Sepanjang tempoh 10 tahun dengan 7 edisi pertandingan, KCH masih lagi mengekalkan kejuaraannya. Tahniah kepada Cikgu Halim dan para pesilat yang bertungkus-lumus mengekalkan kejuaraan tersebut.

Sekalung budi kepada Cikgu Yusoff khususnya dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Pahang amnya yang memberi peluang para pesilat KCH menyertai pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Halim yang tidak jemu melatih pesilat, penyokong-penyokong yang turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan pertandingan.



wajah-wajah ceria...rasanya macam sebelum game nie...


Cikgu Halim memberi taklimat kepada para pesilat macam mana nak menang esok


taklimat xhabis lagi...


orang suruh dengar taklimat...2 orang ni sibuk amek gambar...


lain macam jer mop gelanggang ni...baca dulu ker sebelum game??


acara warming up...semua happy nak masuk gelanggang...


hai...sape lah yang dah kene sepak ngan kaki Cikgu Nazim nie???


Cikgu Emy sebagai pelepas...penuh ketenangan dan confiden...



sempat beri pose istimewa sementara mendengar arahan pelepas


pemenang pertandingan ini adalah pesilat dari sudut....priiittttt....biru!!!


Kak Zura ditemani suami memberi sokongan padu kepada team pahang...tahun nie tak dapat sertai pertandingan kerana baru sahaja melahirkan anak sulungnya...ni lepas pantang terus datang perak nie...


thanks to Gregor and Sara (Gayung Fatani Austria)...came so far from Austria to give support to the team...


menilai dan meneliti permainan sebelumnya...salah satu resepi kejayaan pesilat KCH


Acara rutin dalam mana-mana pertandingan...makan beramai-ramai...

Acara menyambut hari jadi Cikgu Halim yang ke 18
(Cikgu Halim cakap jangan lupa tambah 22 )

Ni bukan acara khatam belajar ek...Cikgu Halim menyuapkan kek kepada senior2 KCH

Tanda kasih sayang dan cinta abadi...


Acara posing bila-bila boring...





Acara penyampaian pingat kepada pemenang...



setinggi-tinggi tahniah kepada team Pahang@KCH


Acara posing lagi...






Cikgu Halim beri arahan camner nak curik tayar kereta dengan cepat...ooppsss...tukar tayar pancit rupanya...








18 Julai 2010

RAKAN-RAKAN KCH DI SARAWAK

Berikut adalah rakan-rakan PSGFM Sarawak yang dipimpin oleh Ustaz Afizal Mohamed...Ustaz Afizal merupakan salah seorang anak murid Cikgu Halim yang mengembangkan Gayung Fatani di Sarawak...semoga usaha beliau mendapat kejayaan dan diberkati Allah...










15 Mei 2010

DEMONSTRASI SILAT SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2010


Tarikh: 15 mei 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Dataran Putrajaya

Sempena sambutan Hari Belia Negara 2010, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diwakili oleh Kelab Cikgu Halim Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Kuala Lumpur (PSGFM KL) dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat demonstrasi silat di acara Perhimpunan Ahli Rakan Wajadiri.

Selain PSGFM, terdapat 17 pertubuhan beladiri yang lain seperti Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia, Taekwando, Aikido, Shintoryu, Kalari Payat dan Wushu. PSGFM mendapat undian persembahan ke 3 bersama Aikido dan Shintoryu.

Persembahan dimulai dengan Bunga Sembah, Jurus dan Buah Pukulan secara beramai-ramai. Kemudian diteruskan pula dengan Tempur Tangan Kosong oleh Emai dan Midi serta Tempur Tongkat oleh Afiq dan Acap. Persembahan mendapat tumpuan ramai apabila Cikgu Miza, Cikgu Syazreen dan Cikgu Zua mempamerkan kemahiran Tempur Parang 3 penjuru manakala Cikgu Emy dan Cikgu Nazim bertempur menggunakan sabit. Persembahan disudahi dengan Bunga Silat.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Halim yang bersusah-payah menguruskan semua keperluan pesilat dan semua jurulatih yang sama hadir membantu. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pesilat yang meluangkan masa bersama-sama membuat persembahan dan mememriahkan majlis.


Gelagat pesilat setiba di Putrajaya - semua tak sabar-sabar nak buat persembahan


Persiapan pesilat-pesilat sebelum persembahan - ada yg tak bawak baju silat la, kain la...lain kali jangan lupa...sapa yg dah pkai bengkung merah tu, cari2 la kain buat samping ngan tengkolok...


Posing sebelum persembahan....


kasih seorang guru...xbleh nengok anak murid xhensem...


Sentuhan akhir seorang guru sebelum anak murid memulakan persembahan...



Latihan akhir...










Selepas persembahan...persembahan yang mantap walaupun up jadi...Cikgu Halim kata dia berpuas hati dengan hasil yg telah ditunjukkan oleh para pesilat....


Penyeri-penyeri Kelab Cikgu Halim yang diketuai oleh Kak Eta (isteri Cikgu Halim)


bergambar bersama peminat...adik 3 org ni xperkenalkan diri pun..terus nak amek gambar je...


macam2 ragam...


disediakan oleh
izhar