
Tarikh: 15 mei 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Dataran Putrajaya
Sempena sambutan Hari Belia Negara 2010, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diwakili oleh Kelab Cikgu Halim Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Kuala Lumpur (PSGFM KL) dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat demonstrasi silat di acara Perhimpunan Ahli Rakan Wajadiri.
Selain PSGFM, terdapat 17 pertubuhan beladiri yang lain seperti Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia, Taekwando, Aikido, Shintoryu, Kalari Payat dan Wushu. PSGFM mendapat undian persembahan ke 3 bersama Aikido dan Shintoryu.
Persembahan dimulai dengan Bunga Sembah, Jurus dan Buah Pukulan secara beramai-ramai. Kemudian diteruskan pula dengan Tempur Tangan Kosong oleh Emai dan Midi serta Tempur Tongkat oleh Afiq dan Acap. Persembahan mendapat tumpuan ramai apabila Cikgu Miza, Cikgu Syazreen dan Cikgu Zua mempamerkan kemahiran Tempur Parang 3 penjuru manakala Cikgu Emy dan Cikgu Nazim bertempur menggunakan sabit. Persembahan disudahi dengan Bunga Silat.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Halim yang bersusah-payah menguruskan semua keperluan pesilat dan semua jurulatih yang sama hadir membantu. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pesilat yang meluangkan masa bersama-sama membuat persembahan dan mememriahkan majlis.
























disediakan oleh
izhar
izhar